Artikel Cara Trade In Kereta ditulis oleh saya,hasil daripada hampir 12 tahun pengalaman sebagai Sales Advisor Kereta.

Dah ramai pelanggan,yang saya berjaya bantu menyelesaikan masalah berkaitan trade in kereta lama (sebelum beli kereta baru)

Dari model Proton, Perodua, Honda & Toyota sampai lah ke model kereta recond.

Sila luangkan sedikit masa untuk baca artikel yang saya gigih karang nie dari mula sampai habis yea..huhu

Kenapa Nak Trade In Kereta?

Antara faktor utama yang menyebabkan pelanggan trade-in kereta :

  • Nak tukar ke kereta lebih besar sebab keluarga makin ramai
  • Kereta lama dah tak digunakan, tersadai kat rumah
  • Terlalu banyak kereta, sampai nak parking pun susah
  • Nak kurangkan komitmen bulanan
  • Perlu duit segera untuk rolling atau cover deposit kereta baru

Apapun alasan anda,pastikan buat cara trade in kereta dengan cara yang betul, sah dan telus.

Sesal dulu pendapatan,Sesal kemudian tidak berguna!

5 Langkah Trade In Kereta | Panduan Lengkap

Semak Baki Hutang Bank (Jika Ada)

Kalau kereta anda masih ada baki pinjaman, langkah pertama ialah:

  • Hubungi bank (telefon, walk-in atau semak online)
  • Minta “full settlement” amount
  • Pastikan maklumat tepat: nama penuh, nombor plat, model kereta
  • Kalau boleh, minta print statement sebagai rujukan

Contoh mesej kepada bank:

“Salam, saya Dol. Mohon bantu semak baki hutang kereta saya, model Myvi tahun 2017 nombor plat VMT XXX.”

Kalau kereta dah habis bayar, boleh terus skip langkah ni ✌️

Semak Harga Pasaran Semasa

Sebelum anda deal harga trade-in, anda kena tahu harga pasaran semasa kereta anda. Caranya?

Buka laman portal automotif seperti:

    Masukkan info lengkap:

      • Model penuh (contoh: Perodua Alza 1.5 SE Auto)
      • Tahun pengeluaran
      • Kondisi mileage, enjin, dan aksesori

      Nota Penting: Harga yang anda jumpa adalah harga jual used car dealer, bukan harga trade-in. Harga trade-in selalunya 20-30% lebih rendah.

      Dapatkan Anggaran Harga Trade-In

      Sekarang barulah boleh cari anggaran harga trade-in kereta anda. Ada beberapa cara:

      ✅ Tanya sales advisor
      ✅ Hantar kereta ke mana-mana used car dealer
      ✅ Tanya saya terus pun boleh 😄 (scroll bawah ada nombor ya)

      Used car dealer akan buat pemeriksaan fizikal (live checking) sebelum confirm harga. Kalau kereta:

        • Pernah eksiden
        • Mileage tinggi
        • Aircond dah tak sejuk
        • Banyak calar/kes kemek

        … harga mungkin lebih rendah daripada anggaran awal.

        Serah Kereta Lama

        Kalau dah setuju dengan harga trade-in, anda akan serahkan kereta kepada dealer mengikut tarikh yang dipersetujui.

        Tip: Minta sales advisor bantu atur kereta sementara (loaner unit) kalau anda tiada kenderaan lain dalam tempoh peralihan ni.

        Sebagai penjual, saya secara peribadi akan cuba sedaya upaya bantu pelanggan tak ‘patah kaki’ lepas serah kereta lama tu.

        Terima Kereta Baru

        Akhirnya, tibalah masa paling ditunggu-tunggu — kereta baru sampai depan rumah!

        Kalau korang berurusan dengan sales advisor yang tip-top (macam saya lah tu hehe), kereta baru tu saya akan hantar terus ke rumah atau pejabat anda (door-to-door delivery).

        Lepas submit dokumen semua guna WhatsApp je, tahu-tahu kereta sampai… Senang kan?

        Kalau anda betul-betul serius nak upgrade kereta baru, saya sedia bantu. Jom bincang cara terbaik, paling berbaloi & mudah untuk uruskan trade-in.